Lima tahanan ISA dibebaskan
http://kosmo.com.my/
PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan pembebasan terhadap lima tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 di bawah penggantungan perintah tahanan (PPT).
Kesemua tahanan tersebut sebelum ini ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping kerana terlibat dalam kegiatan militan membabitkan kumpulan Jemaah Islamiah (JI).
Mereka adalah Mohd. Nasir Ismail, 35, dari Kota Bharu, Kelantan; Mat Sah Mohd. Satray, 46, dari Ampang Jaya, Selangor dan Dr. Abdullah Daud, 55, dari Nusa Jaya, Johor.
Selain itu, turut dibebaskan adalah dua beradik kembar iaitu Ahmad Kamil Md. Hanapiah, 31, dan Muhammad Amir Md. Hanapiah, 31, dari Pahang.
Kelima-lima individu tersebut dibebaskan setelah memberi respon positif ketika menjalani program pemulihan anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan telah insaf di atas penglibatan lampau mereka yang memudaratkan keselamatan negara.
0 comments :
Post a Comment