Erra Fazira disaman oleh bekas rakan kongsi
Baru-baru ini Erra Fazira ada mengeluarkan kenyataan media yang dia mahu menyaman bekas rakan kongsinya kerana rakan kongsinya itu masih mengedarkan produk dengan jenama Ferra Kosmo Look walaupun Erra sudah menarik diri sebagai rakan kongsi.
Namun begitu, belum pun sempat Erra melantik peguam untuk menyiasat lebih lanjut mengenai status dengan bekas rakan kongsi’nya itu, mereka terlebih dahulu mengemukakan surat saman terhadap Erra.
“Saya baru buka mulut sahaja baru-baru ini, mereka dah nak saman saya. Saya baru menerima surat saman beberapa hari lepas dan saya tidak terkejut sama sekali kerana ini adalah permainan mereka.
Walau bagaimanapun, Erra Fazira tidak berasa tertekan dengan saman tersebut kerana Erra percaya yang dia berada di pihak benar memandangkan dia telah mengemukakan surat permohonan untuk menarik diri daripada kolaborasi tersebut.
“Dia orang nak saman, samanlah. Saya belum melantik peguam untuk menyiasat perkara ini. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi perundangan. Jika saya boleh membela diri saya, saya akan membela diri saya.
Hurm.. Sekarang ni mudah sangat je nak dapat untung atas angin kan? Yer la, asal ada salah sikit, saman. Macam ler takde cara lain nak selesaikan masalah. Lepak kedai mamak ke dan bincang elok-elok. Kan bagus! Kalau masing-masing rasa betul dan takde pihak nak mengalah, barulah nak saman-menyaman. Masa tu ler baru tengok sape yang akan kaya dan sape yang akan papa kedana. Apa-apa pun, jangan ada yang saman Zon Artis ni sudah. Kami takde duit nak bayar saman korang yer.
0 comments :
Post a Comment