Friday, September 11, 2009

Kerajaan Indonesia Akan Pastikan Keselamatan Rakyat Malaysia Terjamin

Berita Terkini
Kerajaan Indonesia Akan Pastikan Keselamatan Rakyat Malaysia Terjamin


PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Indonesia akan memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara itu terjamin berikutan terdapat sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing yang mahu mengusir rakyat Malaysia.

Beliau berkata perkara itu telah disampaikan oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia Tan Sri Da'i Bachtiar kepada beliau dalam pertemuan mereka Rabu.

"Saya dah sampaikan kepada Pak Try Sutrisno (Pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka Indonesia Tan Sri Try Sutrisno) kebimbangan Malaysia terhadap keselamatan rakyatnya dan beliau janji untuk sampaikan kepada pemerintah Indonesia.

"Duta Besar Indonesia dalam pertemuan tengah hari memberitahu bahawa mereka sedang mengambil tindakan untuk memastikan tidak ada apa-apa berlaku kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri di kediaman rasminya di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Diponegoro di Jakarta, Indonesia dalam gerakan yang dipanggil "Sweeping Malaysia" (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

Kumpulan terbabit tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini.

Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia.

0 comments :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly. Search and Compare Hotel Rates
Blog Widget by LinkWithin