Thursday, September 17, 2009

Metro prihatin: Berbuka mi segera

Oleh Siti Nor Hidayah Razali
am@hmetro.com.my



PASIR MAS: “Hanya mi segera menjadi juadah mak cik untuk berbuka puasa dan bersahur setiap hari,” kata ibu tunggal, Rahmah Mahmud, 64, ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Jias, dekat sini, semalam.

Kedatangan wartawan Harian Metro ke kediaman warga emas terbabit selepas dia memohon jasa baik akhbar ini untuk menyiarkan kisah hidupnya supaya mendapat ihsan masyarakat prihatin.

Ibu kepada lima anak itu bagaimanapun tidak dapat menahan sebak kerana tiga daripada anaknya sudah meninggal dunia termasuk seorang daripadanya maut dalam nahas jalan raya.

Keadaan itu memaksanya mengambil upah menjaga sebuah kedai makanan ringan di bandar Kota Bharu dengan memperoleh pendapatan antara RM7 hingga RM10 setiap hari.

Rahmah berkata, sudah menjadi kebiasaan kepada dirinya untuk menikmati hidangan mi segera bersama anak keempatnya setiap hari termasuk ketika berbuka puasa dan bersahur bersama.

“Boleh dikatakan kerap juga mak cik menikmati mi segera ketika berbuka dan bersahur, berbanding lauk lain. Bukan tidak mampu, tetapi pendapatan diperoleh sekadar cukup makan.

“Setiap bulan saya terpaksa membayar duit sewa rumah RM100 sebulan, manakala wang gaji yang diterima pula turut diperuntukkan untuk membayar tambang bas dan teksi setiap hari,” katanya.

Menurutnya, biarpun terpaksa makan mi segera, dia bersyukur kerana masih mampu membeli makanan terbabit, selain sudah biasa dengan keadaan kehidupan seperti itu.

“Saya tidak kisah kerana sudah biasa hidup susah. Mi segera adalah menu utama harian saya dan anak kerana tidak mampu membeli barangan basah lain termasuk ikan dan juga ayam.

“Dapur kayu inilah yang menjadi saksi. Saya akan memasak mi di dapur kayu berkenaan kerana jimat berbanding menggunakan dapur gas,” katanya yang mempunyai pengalaman berlapar.

Menurutnya, kesengsaraan hidup didakwanya berlaku selepas kematian arwah suami 10 tahun lalu, selain keadaan sama turut menimpa tiga anak lebih awal menemui Ilahi.

“Sejak suami meninggal 10 tahun lalu, saya mengambil upah membantu rakan menjual barangan runcit di Kota Bharu dan pendapatan diperoleh sekadar RM7 hingga RM10 sehari.

“Itu belum ditolak tambang bas atau teksi RM4 sehari,” katanya yang tinggal dengan anaknya Hazimi Che Hussin, yang bekerja kampung dengan pendapatan kira-kira RM200 sebulan.

Rahmah berkata, pendapatan diterima anaknya itu hanya cukup membeli keperluannya saja, selain mendakwa anaknya itu bekas penagih dadah.

“Kini hampir tiga tahun anak saya meninggalkan dadah. Saya bersyukur kerana dia insaf dan mula memikirkan mencari kerja bagi menyara kehidupannya

0 comments :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly. Search and Compare Hotel Rates
Blog Widget by LinkWithin