Sambutan ulang tahun ke-46 Sarawak sertai Malaysia dicemari
KUCHING: Hari ulang tahun ke-46 Sarawak menyertai Malaysia semalam dicemari tindakan sekumpulan 15 orang yang menggelarkan diri mereka 'wakil masyarakat Orang Asal' yang mengadakan demonstrasi selama tiga jam di hadapan Wisma Bapa Malaysia (WBM), Petra Jaya di sini.
Kumpulan berkenaan yang terdiri daripada kaum Penan dan Kayan dari kawasan Murum, Belaga, diketuai oleh Philip Jau, mula berkumpul di luar pagar WBM pada jam 11.15 pagi dengan membawa sepanduk dan poster yang mengecam pelaksanaan projek Empangan Murum.
Mereka juga meminta untuk menghantar petisyen ke pejabat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dan Timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, tetapi tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan di situ.
0 comments :
Post a Comment