Saturday, September 12, 2009

Haruskah kita tunduk?

AWANG selalunya tidak mahu ambil pusing apa sahaja sentimen kebencian yang disemarakkan oleh pihak tertentu di Indonesia terhadap Malaysia.

Pertama Awang merasakan ia hanya dilakukan oleh golongan tertentu dan bukannya majoriti rakyat Indonesia. Kedua, ia bukan dasar pentadbiran kerajaan berkenaan termasuk di bawah kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. Ketiga, sentimen anti Malaysia bukan perkara baru kerana ia muncul dari semasa ke semasa (seakan-akan Malaysia dijadikan kambing hitam termasuk bagi mengalihkan perhatian kepada isu-isu domestik tertentu.)

Keempat, sudah menjadi ‘pedoman’ di Malaysia termasuk media sejak tamat konfrontasi dengan republik berkenaan agar tidak bertindak balas terhadap apa sahaja sentimen kebencian dan laporan negatif media Indonesia.

Sebab itu, isu tertentu dari semasa ke semasa yang mencetuskan pertikaian malah salah faham sebelah pihak menjadi begitu panas dan bergelora di Indonesia seolah-olah mahu berperang kerana mainan medianya tetapi amat tenang sahaja di negara ini kerana media Malaysia tidak terjebak dengan sentimen yang sama.

Kesimpulannya kerajaan, rakyat dan media Malaysia sentiasa mengalah dan bersabar terhadap sentimen dan persepsi liar oleh banyak pihak di negara jiran itu dalam pelbagai isu antaranya tuntutan Sipadan dan Ligitan, Ambalat, beberapa kes penderaan ke atas pembantu rumah Indonesia dan tindakan pengusiran pendatang haram warga negara berkenaan.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Sumber : Utusan Online

0 comments :

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly. Search and Compare Hotel Rates
Blog Widget by LinkWithin